Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan untuk memperingati Hari Kemerdekaan Negara dan memberi kesedaran kepada murid-murid erti kemerdekaan disamping mengetahui rentetan peristiwa-peristiwa sebelum merdeka. Ia juga bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara. Selain itu, ia juga dapat menonjolkan bakat murid-murid di dalam pelbagai acara dan aktiviti menarik yang disediakan. Salah satu aktiviti yang telah diadakan di sekolah adalah perarakan ambang kemerdekaan.