Program Bulan Membaca ialah satu aktiviti tahunan
yang bertujuan untuk merangsang minat murid membaca dan mendalami ilmu
pengetahuan. Selain itu,program ini juga bertujuan memberi pengiktirafan dan
penghargaan atas kesungguhan dan pencapaian murid-murid dalam mencari ilmu
dengan membaca.
Majlis
pelancaran bulan membaca peringkat sekolah telah diadakan pada 29 Julai bagi
mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pembacaan di
peringkat sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Pn.Ananthi, guru besar STBS.