Sambutan
Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong
Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan.
Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting
memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman
gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya
bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan
komuniti masyarakat.