Mesyuarat Agung PIBG telah
dijalankan pada 30 Januari 2019. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yb. Ravi,
Timbalan Speker Dewan Undangan Negeri merangkap Adun Sri Tanjung. AJK baru yang
dilantik diketuai oleh En.Ganabathy selaku YDP PIBG bagi sesi 2019/2020. Naib
YDP PIBG disandang oleh En.Thiban. Majlis berjalan dengan lancar dengan laporan
aktiviti tahunan 2018 dan pembentangan belanjawan sepanjang 2018. Majlis juga
diisi dengan penghargaan kepada murid cemerlang UPSR tahun 2018 dan pembahasan
usul-usul oleh ibu bapa yang hadir.




























