Hari Kebangsaan disambut di
seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas
daripada belenggu penjajahan. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan
disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita
mencapai kemerdekaan. Pada tahun, negara kita telah menyambut ulangtahun hari
kemerdekaan yang ke 61. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat
patriotic dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta
berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.