Panitia
Sejarah SJKT Bandar Springhill dengan kerjasama panitia matapelajaran telah
mengadakan pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah. Sambutan kemerdekaan ini melibatkan aktiviti – aktiviti yang
melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta PPKI. Matlamat utama
penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini adalah bagi memupuk
semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap
dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru-guru. Malah,
program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan
rentetan sejarah kemerdekaan negara dan perjuangan pelbahagi pihak yang
berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjurkan dalam peringkat
sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid – murid STBS secara
menyeluruh.