Alam Sekitar merupakan Anugerah Tuhan yang tidak
ternilai harganya. Kehidupan manusia bergantung sepenuhnya kepada sumber alam
yang luas ini sebagai tempat tinggal dan punca rezeki untuk satu kehidupan yang
harmoni dan sejahtera. Dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran masyarakat
mengenai pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaanalam sekitar maka pendidikan
alam sekitar perlulah diterapkan sedari awal lagi terutamanya pada masa
kanak-kanak iaitu sekolah rendah. Pada 9 hingga 13 Julai Minggu Alam Sekitar
telah diadakan. Pelbagai program berkaitan dengan alam sekitar telah dijalankan
pada Minggu Alam Sekitar. Antara program yang menarik adalah 1 murid 1 pokok,
ceramah alam sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar, menghasil poster alam sekitar
dan sekolah tanpa plastik.




























































