Pada 23 Julai yang lepas telah berjaya dilangsungkan Majlis
Perpisahan sempena persaraan EN.LOUIS ANTHONY J.T DAWSON. Majlis diadakan di sekolah dan semua pelajar dan guru turut hadir
untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Pelbagai aktiviti telah berjaya
dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dirangka dan disediakan oleh ahli
jawatankuasa majlis. Antaranya ialah, menyambut ketibaan EN.LOUIS sambil diarak ke dewan, ucapan, persembahan
murid, pemberian hadiah perpisahan daripada seluruh wakil tahun.