Minggu Sains merupakan
satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada murid, terutamanya berkaitan
dengan sains. Program ini juga bertujuan melahirkan murid yang minat terhadap
sains serta menghargai sumbangan sains, matematik dan teknologi terhadap
manusia. Berhubungan dengan itu, Persatuan Sains STBS telah mengadakan minggu
sains dari 4 hingga 8 Jun 2018. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menambahkan
pengetahuan dan pengalaman murid mengenai sains. Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran
sains, pertandingan pelancaran roket air, kuiz sains dan pertandingan eksperimen
sains.