Panitia
Bahasa Malaysia STBS telah menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia sebagai salah satu
daripada aktiviti tahunannya dari 5 hingga 9 Februari yang lalu. Sepanjang
program diadakan, pelbagai acara yang berkaitan dengan bahasa telah
dilangsungkan. Antaranya ialah pertandingan pidato, permainan tradisional, kuiz
bahasa, penulisan, dan lebih lagi. Tujuan utama acara-acara tersebut dianjurkan
adalah untuk menonjolkan dan mengasahkan bakat-bakat para murid. Bukan itu
sahaja, para murid juga dapat meningkatkan penguasaan, perbendaharaan kata
serta kosa kata Bahasa Malaysia mereka. Di samping itu, mereka boleh menyedari
bahawa betapa indah dan pentingnya bahasa
melalui program tersebut.