Bertarikh 30 Disember 2017 (Sabtu), Hari Pendaftaran dan
Taklimat kelas DLP bagi murid tahun 1 sesi 2018 diadakan. Aktiviti yang bermula
seawal jam 8.00 pagi tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa yang turut
menemani anak masing-masing ke sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada
Guru Besar, Pn.Santhi dan YDP PIBG, En.Ravi Murugan. Seterusnya, Pn.Saraswathi selaku
ketua Program Transisi mengetuai pemberian taklimat tentang proses
pengajaran-pembelajaran anak-anak mereka kepada ibu bapa. Ini diteruskan dengan
sesi pengisian borang maklumat ibu bapa dan murid.
































