Program ini adalah satu program yang telah dianjurkan oleh Panitia Sains STBS. Ia merupakan satu program tahunan Panitia Sains.Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar STBS terhadap mata pelajaran Sains. Program-program yang telah dirancang memberi perangsang kepada pelajar dan dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif dan inovatif. Aktiviti seperti pelancaran roket air, pertandingan young scientist, menanam pokok, mencampak bola biji benih dan kuiz telh diadakan.