Anugerah Murid Cemerlang merupakan satu Pengiktirafan yang
diberikan kepada murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda
penghargaan daripada sekolah. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan
wujudnya penganugerahan ini maka akan menjadi satu pemangkin baru kepada murid
untuk terus berusaha dan memberi sumbangan kepada sekolah dalam semua bidang.
Ia juga mendorong semua murid untuk cemerlang bukan sahaja dalam bidang
akademik tetapi juga terus melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam segala
aktiviti.