Selasa 16 Mei 2017 telah diadakan majlis sambutan
hari guru peringkat sekolah bagi tahun ini. Pada tahun ini
sekali lagi tema hari guru ialah “Guru Pembina Negara Bangsa”.
Sambutan ini bermula pada jam 7.30 pagi. Pelbagai aktiviti telah
dijalankan seperti ucapan perutusan Ketua Pengarah KPM dan Menteri Pendidikan,
permainan rounders di kalangan guru dan staf sokongan, persembahan oleh guru
dan murid, pemotongan kek dan penyampaian hadiah. Tema pakaian bagi hari guru
tahun ini adalah “jersey kelab bola”. Kesemua
guru yang diraikan berasa sangat seronok pada sambutan kali ini.