Pada 21
Mei yang lalu, STBS telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-43 dan
Perasmian Padang Sekolah bertempat di padang baru STBS. Kejohanan sukan telah
dirasmikan oleh En.Selvam Krishnan, Pengurus PHASOR TECH SDN.BHD dan padang
sekolah telah dirasmikan oleh Dato Sri Dr.Proshotaman, Pengurus Lembaga Pengelola
Sekolah.
Pada
hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas
hormat yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan
ucapan alu-aluan oleh puan guru besar dan YDP PIBG. Setelah selesai majlis
perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai aksi murid-murid
tahap 1 dan 2.Murid-murid berasa gembira
melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini.