Pada 6 April 2017, STBS telah menyertai Karnival Pendidikan Abad ke21 di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Sikamat. Karnival Pendidikan Abad ke 21 ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pentadbir guru-guru sekolah dan masyarakat berkaitan dengan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi yang berkesan dalam Pembelajaran Abad ke 21. Booth STBS mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang hadir ke karnival. Banyak maklumat tentang PdPc abad ke-21 telah dikongsi kepada semua yang hadir.












