Bengkel Project Based Learning telah diadakan di sekolah kami untuk semua guru. Bengkel ini telah dikhendalikan oleh Pn.Thenmoli dari Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Vivekananda, Petaling Jaya.
Pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Projek merujuk kepada
aktiviti pembelajaran berbentuk tugasan bagi menghasilkan sesuatu projek, di
mana projek yang dirancang dan
dihasilkan merupakan strategi pengajaran utama
yang memandu pelajar untuk belajar dan menjadi panduan kepada hala tuju
proses pembelajaran mereka sendiri. Proses ini dimulakan dengan soalan-soalan yang berpandu, pemahaman konsep dan
prinsip teras pelajaran. Ini amat membantu pelajar untuk menguasai
topik sekaligus dapat mencapai hasil pembelajaran sebagaimana yang dikehendaki
oleh sukatan pembelajaran. Pendekatan
ini sesuai diamalkan masa kini selaras dengan perkembangan ICT dan
internet. Penggunaan pelbagai
sumber pendidikan secara menyeluruh
serta pengintegrasian dengan pendekatan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menarik dan berkesan.