Program Minggu Bahasa Melayu ialah satu program tahunan bagi
Panitia Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah
disusun dan dirancang sepanjang minggu ini bagi memartabatkan penggunaan Bahasa
Melayu dalam kalangan murid. Selain itu, program ini juga
bertujuan untuk meningkatkan potensi murid dengan menambahkan kosa kata Bahasa
Melayu serta meningkatkan keyakinan diri untuk menyertai pelbagai pertandingan
yang akan dianjurkan di peringkat sekolah. Selain itu, program ini bertujuan
untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Diharap program ini
mampu memberi keyakinan dan semangat baru dalam diri murid-murid ke arah
menjadi murid yang berpengetahuan luas dan serba boleh.