Kejohanan merentas desa SJKT Bandar Springhill telah
diadakan pada 11 Januari 2020. Kejohanan ini merupakan satu aktiviti tahunan
yang telah dirancang dan dianjurkan oleh unit Ko-Kurikulum bagi memenuhi
aktiviti ko-kurikulum murid di sekolah. Kejohanan
ini juga adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara
pelajar, guru- guru dan ibu bapa serta dapat menjalankan aktiviti yang
berfaedah untuk kesihatan murid
disamping dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dengan perkara
–perkara yang tidak berfaedah.