STBS
telah membuat latihan kebakaran dan mengosongkan warga sekolah dari bangunan.
Latihan ini diadakan bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan
pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya
berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau
musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah
perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil
sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara
spontan. Latihan kebakaran tahun ini telah dikhendalikan oleh Pejabat
Bomba Port Dickson. En.Maniam selaku ketua pasukan telah menjalankan latihan
kebakaran.