Perkhemahan
unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang
amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya
kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti
yang disediakan, mereka didedahkan
dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam
sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
Pada tahun ini, perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahun 6 seramai 31 orang murid daripada dua unit beruniform iaitu Pengakap dan Bulan Sabit Merah telah diadakan di Segar Recreational Park, Lukut . Perkhemahan ini dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan ini dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.