Program selepas UPSR dijalankan khusus untuk murid Tahun 6
supaya murid-murid Tahun 6 dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti
berfaedah yang diaturkan oleh pihak sekolah. Memenuhi masa murid-murid Tahun 6
selepas UPSR dengan aktiviti yang berfaedah dan berinformasi. Selain daripada
itu, program-program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan
murid-murid sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.
Aktiviti memasak kuih tradisional telah dijalankan pada 10 Oktober 2018 . Murid
telah memasak pelbagai jenis kuih tradisional sempena sambutan Deepavali pada
bulan November nanti.