Program selepas UPSR dijalankan khusus untuk murid Tahun 6
supaya murid-murid Tahun 6 dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti
berfaedah yang diaturkan oleh pihak sekolah. Memenuhi masa murid-murid Tahun 6
selepas UPSR dengan aktiviti yang berfaedah dan berinformasi. Selain daripada
itu, program-program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan
murid-murid sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.
Aktiviti menghasilkan batik telah dijalankan pada 11 oktober
2018 oleh Panitia Pendidikan Seni bagi murid tahun 6. Murid telah menghasilkan
pelbagai jenis batik dengan bantuan guru pemimbing.