Panitia Sejarah, STBS telah
mengadakan Program Integrasi Murid Untuk Perpaduan pada 3 Oktober 2018 di STBS.
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid pelbagai
kaum daripada berlainan jenis atau aliran sekolah untuk berinteraksi melalui
aktiviti integrasi atau perpaduan. Murid dari SJKC Bandar Springhill, SJKC
Ladang Siliau, SK Jimah Baru, SJKT Ladang Sendayan dan SJKT Ladang Atherton
telah dijemput untuk memeriahkan program ini. Aktiviti memasak kuih tradisional
pelbagai kaum, permainan tradisional dan pertandingan mencipta lagu tiga bahasa
telah diadakan. Pameran barang-barang tradisional juga telah diadakan. Kami berharap, semua
murid yang mengikuti program ini dapat menjalinkan semangat muhibah dalam
kalangan mereka selain dapat memupuk semangat hormat-menghormati serta saling
memahami adat, dan budaya rakyat berbilang kaum.