Pada 14 Julai 2018 (Sabtu) STBS telah melaksanakan Highly
Immersive Programme(HIP) bahasa Inggeris peringkt sekolah. Program
Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar
MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa
tersebut di sekolah. Tujuan program ini adakan adalah untuk meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal. Pelbagai aktiviti menarik
telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah EXPLORACE, STBS IDOL dan
STBS INVESTIGATORS. Semua murid dan guru telah melibatkan diri dengan sangat
aktif.