Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah dilaksanakan
pada 13 Januari 2018 pukul 9.30 di SJKT
Bandar Springhill. Kejohanan dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang
dipimpin oleh Pn.RajaLetchumy . Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu
kadang kala mendung dan hujan renyai, kejohanan tetap diteruskan.
Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan yang diadakan
sebagai acara pembukaan aktiviti unit kokurikulum sebelum kejohanan Olahraga
Tahunan berlangsung. Dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat menyemarakan
semangat para pelajar untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga tahunan
yang akan berlangsung dan aktiviti-aktiviti sukan yang bakal dilangsung nanti.
Selain itu, kejohanan merentas desa ini bertujuan untuk mengesan bakat-bakat
baru dalam kalangan pelajar SJKT Bandar Springhill.