SEJARAH SEKOLAH VERSI BAHASA MELAYU





SEJARAH SEKOLAH

SJK (T) Ladang Jemima mula berfungsi sejak tahun 50-an lagi. Semasa pemerintahan Jepun, walaupun semua sekolah ditutup namun sekolah ini berfungsi secara haram. Apabila British mengambil alih , Sekolah ini berfungsi semula dengan rasmi dan teratur . Pada masa itu,  En.Anugragam menjadi guru besar dan enrolmen muridnya antara 30-40 sahaja. Sekolah tersebut juga tidak memiliki guru-guru lain selain En.Anugragam seorang.
 
      En.Anugragam menghadapi pelbagai rintangan dari segi keadaan Fizikal sekolah dan juga dari segi tenaga pengajar. Namun sekolah tersebut  masih berfungsi dalam keadaan serba kekurangan. Setelah En.Anugragam bersara. En.Srinivasagam menggantikan tempat En.Anugragam. Semasa beliau dalam khidmatnya, Beliau berusaha memperbaiki keadaan sekolah dengan membina bangunan baru. Setelah beliau bertukar sekolah, En.Kathirvellu menjadi guru besar sekolah ini. Selepas En.Kathirvelu bersara En.Swami Pillai menggantikan tempatnya sebagai guru besar.

Sejak berada di sekolah ini, En.Swami Pillai menyedari terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan dan harus dibaiki seperti keadaan fizikal sekolah, Bahan bantu mengajar, dan sebagainya. Sekolah ini juga menghadapi masalah keselamatan seperti sentiasa dicerobohi orang luar, bau yang tidak menyenangkan dari kandang lembu yang berada berhampiran sekolah turut menimbulkan masalah kesihatan serta suasana yang tidak selesa untuk aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

      Pada Mac 1997 En.Arumugam telah mula bertugas sebagai Guru Besar di SJK (T) Ladang Jemima. Pada tahun 2002 sekolah ini terpaksa berpindah kerana projek pembangunan kawasan perumahan di Ladang Jemima. Pada masa itu En.Arumugam telah menghubungi Yang Berhormat Dato S.Sothinathan Ahli Parlimen Telok Kemang untuk mendapat bantuan.  YB Dato S.Sothinathan yang bertimbang rasa atas rayuan tersebut telah mengurus sebuah rumah kedai di Bandar Springhill. 

      Beliau juga telah berusaha untuk mendapatkan RM 970 000 ribu untuk pembinaan sekolah baru. Sebanyak RM 10 000 dari jumlah itu telah digunakan untuk ubahsuai rumah kedai untuk menjalankan Pengajaran dan pembelajaran. Pada masa itu bilangan murid di sekolah ini adalah seramai 90 orang. Seramai 6 orang guru telah bertugas di sekolah ini. Pada masa itu murid murid terpaksa dikurung di bilik yang sama dari pukul 7.45 pagi hingga 1.05 tengahari kerana tidak ada kemudahan padang, kantin , Bilik bilik khas seperti pusat sumber, perpustakaan, bilik sains dan sebagainya. Oleh kerana, kekurangan kemudahan untuk belajar bilangan murid juga semakin hari semakin berkurangan.

YB Dato S.Sothinathan telah membuat lawatan ke SJK (T) Ladang Jemima yang beroperasi di rumah kedai beberapa kali. Selepas lawatan tersebut YB Dato S.Sothinathan berasa bimbang dengan keadaan fizikal bangunan, murid-murid dan persekitarannya. YB Dato S.Sothinathan telah mengambil keputusan untuk menempatkan sekolah ini di sebuah tapak baru di mana pelajar-pelajar dapat belajar dengan lebih konduksif dan selesa. 

      Lantaran itu, Dato S.Sothinathan telah berjumpa dengan Dato Sri Samyveloo  Presiden MIC Kebangsaan untuk mendapatkan sebidang tanah bagi mendirikan sebuah bangunan sekolah yang baru. Dalam jangka masa yang pendek YB Dato S.Sothinathan berjaya mendapatkan sebidang tanah di kawasan Bandar Springhill yang mengalami kemajuan pesat dari segi pembangunan. YB Dato S.Sothinathan percaya kawasan tersebut sesuai untuk mendirikan sebuah sekolah dan dapat meningkatkan enrolmen murid secara berperingkat. Dengan harapan tersebut beliau berjaya mendirikan sebuah sekolah tamil bertingkat tiga di Bandar Springhill. Usaha YB Dato S.Sothinathan mengkagumkan seluruh warga Bandar Springhill. Pada 31 Ogos 2002 SJK (T) Ladang Jemima telah berpindah ke bangunan baru. SRJK (T) Ladang Jemima telah diistiharkan sebagai SJK (T) Bandar Springhill. Kini sekolah ini telah mengambil pelbagai perubahan dan kemajuan dari segi fizikal mahupun penghuninya.
 
SJK (T) Bandar Springhill terdiri daripada tiga tingkat, sebuah kantin, sebidang padang termasuk kemudahan-kemudahan prasarana yang lain. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah gred B dan terdapat 166 orang murid termasuk murid-murid sekolah yang menumpang iaitu SJK T Ladang Sungai Salak. SJK (T) Bandar Springhill turut mempunyai 14 orang guru dan tiga orang kakitangan.

      Pada 1hb Julai 2005, En.L.Sundraj telah mula bertugas sebagai guru besar di sekolah ini. Beliau telah membawa banyak perubahan dari segi pentadbiran dan pembangunan sekolah. Ini dapat meningkatkan prestasi murid. Bilangan murid juga semakin bertambah seramai sebanyak 202 pelajar. 

      Pada 1 November 2006 En.L.Sundraj telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Ko-kurikulum di PPD Port Dickson. Pada hari yang sama En.N.Govindarajoo telah menjawat jawatan guru besar di sekolah ini. 

      Pada penghujung tahun 2006 gred sekolah dinaikkan ke Gred B. Kini bilangan murid tahun 2007 adalah seramai 267 pelajar. SJK T Sungai Salak telah telah beroperasi sekian lama dengan sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Pekan lukut, Port Dickson pada   23 jun 2007.

      En.N. Govindarajoo dan pengerusi PIBG En.M. Sasasey telah membawa banyak perubahan sepanjang tahun 2007. Antaranya ialah membina pondok perhentian bas, tapak kenderaan, papan – papan kenyataan, garisan lalun lintas, pintu pagar demi keselamatan murid, tambahan bilik makan untuk guru – guru, memasang batu marmar di bilik guru, bilik komputer dan di pejabat, melengkapi perabot bagi bilik – bilik khas, pintu khas untuk laluan murid pada hari hujan, telefon awam, penutup besi bagi menutup longkang untuk laluan murid dan banyak lagi. Pihak sekolah telah mendapat banyak bantuan dan sumbangan daripada badan – badan swasta dan orang perseorangan. Sekolah ini juga merupakan sebuah sekolah bantuan modal. Pelbagai sumbangan telah dihulurkan oleh pihak – pihak tertentu untuk membangunkan sekolah ini.

      Pada tahun 2008, En.Govindarajoo telah dilantik sebagai Pegawai di PPD Seremban. Pada bulan April 2008, Puan Mageswary telah mula bertugas sebagai guru besar di sekolah ini. Beliau juga membawa banyak perubahan di sekolah ini. Contohnya mewujudkan kontena sebagai bilik darjah. Beliau telah berusaha untuk mendapatkan bangunan baru untuk sekolah ini. Bangunan ini mempunyai 4 bilik darjah dan satu bilik kemahiran hidup.

      Bulan April 2009, Puan Mageswari telah bertukar ke sekolah baru iaitu SJKT Senawang. Oleh yang demikian, pada tahun 2009, Puan Seedha telah menjawat sebagai Guru Besar di sekolah ini sehingga sekarang. Beliau juga  telah membawa banyak perubahan di sekolah ini. Misalnya beliau mewujudkan pondok bacaan, kerusi marmar, peralatan komputer dan mengubahsuai bilik komputer yang mendapat tajaan daripada Rotary Club. Dalam bidang kokurikulum pula, beliau telah memperkenalkan kelab – kelab baru di sekolah ini seperti catur, seni budaya dan rakan sebaya.

      Kini sekolah ini mempunyai seramai 347 orang murid dan beroperasi dengan lebih terancang dan teratur dengan adanya komitmen dari pelbagai pihak kerajaan dan swasta. Kami yakin dan percaya dalam waktu yang terdekat sekolah ini akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang terkandung dalam visi sekolah ini. 

COMMENTS

Nama

Informasi Lawatan Penglibatan Murid Perasmian Program dan Aktiviti Sambutan
false
ltr
item
SJK(T) BANDAR SPRINGHILL: SEJARAH SEKOLAH VERSI BAHASA MELAYU
SEJARAH SEKOLAH VERSI BAHASA MELAYU
SJK(T) BANDAR SPRINGHILL
http://sjktbandarspringhilnbd2045.blogspot.com/2013/04/sejarah-sekolah-versi-bahasa-melayu.html
http://sjktbandarspringhilnbd2045.blogspot.com/
http://sjktbandarspringhilnbd2045.blogspot.com/
http://sjktbandarspringhilnbd2045.blogspot.com/2013/04/sejarah-sekolah-versi-bahasa-melayu.html
true
3922499001490447721
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy